Resepi Mangga Aiskrim Cheese Kek

resepi ice-cream cheesecake mangga yang simple dan senang

resepi senang,resepi simple,resepi,Resepi Mangga Aiskrim Cheese Kek
(pic kredit : fb azlina ina fans)

ok..hari nie yuk nak ajar cara-cara untuk buat mangga ice-cream cheesecake yang senang..
yuk share resepi yang simple-simple je untuk uols..
resepi nie famous tau..sedap..n ramai dah cuba..
n yang paling penting ramai dah yang buat bussines daripada resepi mangga ice-cream cheesecake nie.

ok jom kita tengok resepi nie.

Resepi Mangga Aiskrim Cheese Kek

sumber resepi:fb azlina ina fans


bahan-bahan

resepi senang,resepi simple,resepi,Resepi Mangga Aiskrim Cheese Kek
(pic kredit : fb azlina ina fans)

  • 250 gram creamchesse
  • 2sb gelatin halal
  • mangga yang susah untuk lebam(cth:mangga lily,mangga black gold)
  • 1 cawan non-diary whipping cream(tiada dalam pic hehe)
  • 2 sb(sudu besar) icing sugar
  • air suam
  • untuk base(15 keping biskut mary + 5sb butter yg dicairkan)

cara-cara

  1. hancurkan biskut mary dan gaulkan dengan butter yang dicairkan.kalau biskut mary tu boleh kepal dengan tangan maknanya butter dah cukup.gunakkan biskut mary nie untuk buat base dalam loyang uols ye.
  2. kupas mangga dan bahigikan kepada 2 bahagian 1 bahagian untuk diblender jadi puri dan 1 bahagian lagi untuk masukkan dalam kek dan sebagai topping.berapa biji mangga tu ikut uols..lagi banyak lagi bagus kan..hihi
  3. mix kan 250g cream cheese dengan 2 sb icing sampai ia kembang
  4. untuk puri mangga blender mangga dengan sedikit air + pewarna oren+ gula ising. klau mangga dan manis x yah letak gula.
  5. tambahkan sedikit puri mangga tadi ke dalam creamcheese yang kita pukul td dan kacau bagi ia sebati
  6. mix kan satu cawan non-diary whipping cream sampai ia kembang.pastikan whipping cream anda sejuk dan jangan terlebih pukul sbb takut dia jadi cair.
  7. campurkan whiping cream tadi dengan creamcheese.gaulkan sehingga ia sebati
  8. kacaukan sehingga larut 1sb gelatin dengan air suam dan masukkan kedalam campuran cream cheese + whippung cream tadi.then masukkan sedikit mangga yang dipotong dadu kedalam campuran tu
  9. buat base dengan biskut mary dan letakkan loyang dalam peti sejuk selama 5 min selepas tu boleh lah tuangkan cream cheese(cream cheese+ gelatin+ whipping cream+ mangga dadu).letak balik dalam peti sejuk dan birkan selama 10 min plak.then boleh tuangkan puding mangga
  10. untuk buat puding. 1 cawan puri mangga yang diblender tadi tambah dengan 1sb gelatin yang bibancuh dengan 3sb air suam dan kacau rata  
  11. biarkan kek dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman.selepas tu boleh keluarkan kek dari loyang.
  12. hiaskan ikut suka anda dan boleh makan..

resepi senang,resepi simple,resepi,Resepi Mangga Aiskrim Cheese Kek
(pic kredit : fb azlina ina fans)
pastikan uols balut base loyang dengan plastik supaya senang nanti kita nak angkat kek tu.n jangan lupa guna loyang yang boleh kita buka kat tepi dia tu tau


resepi senang,resepi simple,resepi,Resepi Mangga Aiskrim Cheese Kek
(pic kredit : fb azlina ina fans)
selepas semalaman boleh lar angkat kek dari loyang untuk dihias


resepi senang,resepi simple,resepi,Resepi Mangga Aiskrim Cheese Kek
(pic kredit : fb azlina ina fans)
hiaskan kek kita..sedap nie makan time sejuk2..huhu..

info penting


jom tengok video resepi  yang saya buat..



selamat mencuba dan jangan lupa untuk share resepi nie..

Comments