Resepi Brownies Kedut

resepi brownies kedut senang dan sedap

Resepi Brownies Kedut

ok..hari nie kita belajar buat brownies kedut ye..
klau ikut resepi nie mmang berkedut-kedut lar brownies ko jah hahaha..
kedut dia mengalahkan nenek umur 80 tahun..hihi..
x percaya..tengok gambar kat atas tu...

[wajib cuba: resepi kek minyak gebu]

ramai yang komplen kan..ckap ssah nak dapat kedut tu..
rmai yang buat x menjadi..
xpe..jgn bimbang..klau ikut resepi nie inn shaa allah menjadi..
tapi..kena ingat..potong brownies time dia dah sejuk tau..kau jgn plak potong time dia panas2..
potong time sejuk..baru lar menjadi kedut-kedut dia tu..

jom kita tengok resepi brownies kedut senang nie..

[wajib cuba : resepi kek kelapa kering]

resepi brownies kedut

bahan-bahan untuk membuat brownies kedut

  • 350g coklat masakan
  • 1/2 cawan butter
  • 2 biji telur ayam
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • sedikit esen vanilla
  • 4sb serbuk koko

cara-cara untuk membuat brownies kedut

  1. cairkan butter dan coklat masakan dengan menggunakkan teknik double boil
  2. whisk kan gula perang dengan telur dan esen vanilla
  3. masukkan coklat yang dicairkan kedalam bekas telur + gula perang tadi.masukkan ketika coklat masih panas ye.
  4. then masukkan 1 cawan tepung naik sendiri dan whiskan 
  5. selepas tu masukkan 4sb serbuk koko dan whiskan sehingga adunan sebati
  6. masukkan adunan brownies kedalam loyang yang telah dilapik baking paper
  7. bakar brownies pada suhu 170c selama 40 min.bila masak..renggankan pintu oven dan biarkan brownies dalam oven 10 min.
  8. potong brownies bila brownies betul2 sejuk.

Resepi Brownies Kedut
cairkan coklat masakkan mengunakkan teknik double boiling dan msukan kedalam adunan telur dan gula perang

Resepi Brownies Kedut

masukkan adunan brownies kedalam loyang yang dilapik baking paper ye..

resepi kredit to: azlina ina

video resepi brownies kedut(step by step)





info penting

Comments